Sunday, December 6, 2009

RENUNGAN CERITA TEMUDUGA LANUN


Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki lanun: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki lanun: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki lanun: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki lanun: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

KOMEN PENULIS - Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia mesti ada sebab dan musababnya, seperti juga cerita lanun di atas. Teringat la pulak kepada tabiat yang sering terjadi terhadap anak murid penulis. Setiap kali tangkap anak murid yang lambat, mereka mesti beri alasan "...dari tandas cikgu, sakit perut...pasal tu lambat..." kalau tak pun alasan "....bangun tidur lambat cikgu..." Ini menunjukkan manusia mempunyai alasan dan sebab musabab untuk dijawab, tidak kira siapalah kita cikgu, nelayan, petani, doktor, lawyer, peniaga, ahli politik, menteri atau siapa pun kita sehingga kita bergelar manusia biasa...(*selalunya/kebanyakannya alasan atau sebab musabab yang diberi oleh ahli politik byk yang tidak boleh diterima akal...he.he.he)

0 comments:

Post a Comment