Thursday, December 31, 2009

TAHUN BARU YANG MENYEDIHKAN






SELAMAT TAHUN BARU 2010...TAHUN BARU YANG MENYEDIHKAN KERANA PENGETUA KESAYANGAN EN. DZULKIFLI BIN MOHD SUPIN BERPINDAH...EN. DZUL SENTIASA DALAM KENANGAN

Wednesday, December 16, 2009

PETUA TIDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA TEMPAT


KALAU MASIH TAK FAHAM-FAHAM LAGI TAK TAHU LAA. MEMANG BETUL-BETUL MONYETLAH MANUSIA TERSEBUT

Tuesday, December 15, 2009

PETUA SELIPAR TIDAK DICURI DI MASJID

PADA KEBIASAANNYA, KEJADIAN KECURIAN SELIPAR AKAN BERLAKU SETIAP KALI SELEPAS SOLAT JUMAAT. TETAPI KALAU YANG DINAMAKAN PENCURI, DIA TETAP AKAN MENCURI. BUATLAH MACAM MANA PUN. TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA ADA JUGA USAHA UNTUK PENCURI TIDAK DAPAT MENCURI.

Sunday, December 13, 2009

15 TANDA ORANG MALAS

1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN PEMALAS. MARI KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI

Saturday, December 12, 2009

BUAT BAKAL MENJADI IBU BAPA











INSAF TERUS...

Seorang ustaz sedang mengajar tentang seksa dan balasan yang diterima oleh syaitan dan iblis akhirat nanti. Ikutilah perbualan mereka.

Ustaz : Mereka (Syaitan dan Iblis) ini akan dimasukkan di dalam neraka jahanam dan dibakar dengan api yang panas sekali.

Selepas itu ada seorang pelajar yang merasakan dirinya pandai ingin menguji ustaz tersebut.

Pelajar : Ustaz, kan mereka tu berasal dari api, takkanlah diorang rasa sakit dan panas. (kata pelajar tersebut sambil mengorek hidungnya, kemudian disentalnya kat kawan sebelah.)

Ustaz tu memandang pelajar tersebut dengan tenang, kemudian dia memanggil pelajar yang menanyakan soalan tadi ke depan, kemudian......PANGGG!! satu tamparan diberi oleh Ustaz tu kepada budak tersebut.

Ustaz : Kulit dengan kulit sakit tak?

Pelajar tersebut tunduk sambil menginsafi dirinya.....

PENGAJARAN - Tiada siapa pun makhluk Allah Taala yang akan terlepas daripada hukumanNya. Maka siapalah kita hendak mempersoalkan tentang perkara ini. Kita manusia biasa hanya perlu siapkan diri untuk bertemu denganNya kelak. Mengapa? Bila? Bagaimana? tidak perlu dipersoalkan. Renung-renungkan...

2 - 1= ?

Pada hari khamis lepas Ali pergi ke sekolah lalu belajar Matematik. Cikgunya bertanya...Ali 2 - 1 berapa? Ali menyatakan yang dia tidak tahu, maka cikgunya menyuruh Ali bertanya kepada ahli keluarga bila balik ke rumah nanti

Situasi di rumah...

Ali : Ayah 2 - 1 berapa?

Ayah : Bodoh la, tu pun tak pandai (sambil menonton tv rancangan bola)

Ali : Abang 2 - 1 berapa?

Abang : Bahalol betul (sambil bercakap di telefon )

Ali : Kakak 2 - 1 berapa?

Kakak : Lets go lets go o yeah (sambil mendengar lagu di telinganya)

Ali : Mak 2 - 1 berapa?

Mak : Emmmm sedapnyaaaa (sambil merasa masakannya)

Pada hari yang berikutnya pun Ali datang ke sekolah dan cikgu pun bertanya

Cikgu : Ali 2 - 1 berapa?

Ali : Bodoh la, tu pun tak pandai

Cikgu : Baik-baik la jawab

Ali : Bahalol betul

Cikgu : Cikgu bawa kamu ke bilik guru besar cepat.

Ali : Lets go lets go o yeah...

Cikgu : Pangggg (menampar Ali dgn kuat)

Ali : Ermmmm sedapnya.

PENGAJARAN CERITA - Kanak-kanak kecil perlukan perhatian daripada kita, maka berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka. Terutamanya ibu dan bapa, apabila anak-anak menyoal kita dengan apa sahaja soalan. Kita dengan rasa penuh tanggungjawab perlu melayan dan menjawab soalan anak kita tersebut. Walaupun kita tidak tahu jawapannya, apa salahnya kita melayan sekejap anak kita dan menyatakan kita akan mencari jawapannya selepas ini. Apa yang penting ialah tanggungjawab layanan terhadap soalan anak kita tersebut. Renung-renungkan...

MENANTU OH MENANTU 2

Ali kurang pendengaran dan meminta nasihat daripada isterinya Siti untuk meminta mengajarnya perbualan yang sesuai semasa melawat bapa mertuanya di hospital. Isteri Ali pun mengajar perbualan yang sesuai untuk dihafal olehnya.

Perbualan semasa sesi pengajaran...

Ali : Apa khabar bapa?
Siti: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Ali: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana nurse di sini?
Siti: Boleh tahan juga. Berselera bapa.
Ali: Bagusss.. nurse begitu memang sesuai untuk bapa. cantik sekali! Bagaimana layanan yang bapa terima di sini?
Siti: Sungguh berpuas hati. Kerana bapa dilayan seperti imam.
Ali: Hebat sekali! bapa sungguh beruntung kerana memang bapa begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital, perbualan sebenar...

Ali: Apa khabar bapa?
Bapa: Aku terasa seperti mau lari. Lebih baik lari dari derita seperti ini!
Ali: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana nurse di sini?
Bapa: nurse yang aku dapat macam bapuk!
Ali: Bagusss.. nurse begitu memang sesuai untuk bapa. Enak sekali! Bagaimana layanan yang bapa terima di sini?
Bapa: Aku dilayan seperti bapa ayam!
Ali: Hebat sekali! bapa sungguh beruntung kerana memang bapa begitu orangnya kalau di luar.

PENGAJARAN - Apa yang kita rancang tidak semestinya akan menjadi seperti yang kita harap-harapkan.

MENANTU OH MENANTU...

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua lalu di depannya. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah simenantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah panik semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia panik, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam panik itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

PENGAJARAN CERITA - Janganlah kita panik apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kita harus tenang menghadapinya, sekiranya panik, maka situasi seperti cerita menantu di atas pasti akan berlaku. Renung-renungkan...

Friday, December 11, 2009

KENAPA HARUAN MAKAN ANAK?


Adakah anda kenal ikan haruan? Ikan haruan ialah spesis ikan air tawar. Ikan haruan kalau dibuat bakar seterusnya cicah air asam, sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Manakala kalau ibu-ibu lepas bersalin akan selalu mencari pati ikan haruan untuk (faham-faham sendiri). Disebalik terdapat kelebihan, tetapi ikan haruan ini lebih dikenali dalam peribahasa haruan makan anak yang membawa maksud...(pembaca sedia mengetahuinya). Maka di sini penulis cuba berkongsi info kenapa haruan makan anaknya. Kalau pembaca ingin mengetahuinya teruskan membaca...

Antara sebab musababnya...

1. Ikan haruan dah lapar sangat tapi tak ada benda nak makan.. oleh itu, daripada lapar baik makan anak sendiri... (pembaca sedia maklum bila kelaparan memuncak, manusia pun sanggup buat apa saja.. ini kan pulak binatang...)

2. Ikan haruan hendak mengubati lukanya akibat tertusuk mata kail... kan org kata ikan haruan baik untuk ubat luka...(terutama luka dalaman... tapi hati yg luka tak boleh diubati dengan ikan haruan)

3. Ikan haruan tidak perasan termakan anak sendiri sebab air keruh sangat...( faham-faham sajalah siapa yang mengeruhkan air tu... hargailah sumber air anda...)

4. Daripada dimakan oleh haruan lain.. lebih baik diri sendiri yang makan... (siapa cepat dia dapat)

5. Ikan haruan tak larat nak bela dan beri makan anak yang terlalu banyak..(baiklah juga dari manusia yang buang bayi tepi longkang)

6. Ikan haruan nak menguji..sedap tak rasa daging sesama spesis.. ikan haruan hendak tahu kenapa manusia suka makannya... (kita manusia jangan pulak nak merasa sesama spesis )

PENGAJARAN - Ikan haruan tu binatang...mana ada akal...kita manusia yang berakal...gunakan sebaiknya...kita tidak boleh menyalahkan ikan haruan sepenuhnya....kita perlu menyalahkan diri kita sendiri

DI MANA ANAK ANDA SEKARANG?


Seorang nenek berusia 95tahun(monopous) telah melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. di mana aku letak bayiku tadi..”

KOMEN PENULIS - Buat renungan ibu bapa sekalian, pastikan di mana anak anda sekarang? Dengan siapa mereka sekarang? Luangkanlah masa dengan anak-anak kita, Ingatlah bahawa anak-anak tanggungjawab dan amanah kita...


KITA HANYA BERUSAHA

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu. Awek tu pun menyahut, "Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW." Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Mamat : Hai, kenal I lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Mamat : Alaaa, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.

Mamat : Padan muka. Hehehe..........

PENGAJARAN CERITA - Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kita hanya manusia biasa tidak boleh lari dengan qada dan qadar. Oleh itu, beringatlah bahawa kita tidak semestinya akan mendapat perkara yang ingin kita miliki walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui.

Thursday, December 10, 2009

ORANG RUMAH AJAK PI SHOPPING DI PADANG BESAR

MINGGU DEPAN NAK BALIK KAMPUNG DI KEDAH, CUTI SEKOLAH PANJANG LAGI. JADI ORANG RUMAH PUN AJAK LA JALAN-JALAN SHOPPING KAT PADANG BESAR. SAYA CAKAP KAT ORANG RUMAH, "AYANG JANGAN LUPA BAWAK TROLI TAU, KAN AYANG BANYAK BARANG NAK SHOPPING KAT SANA NANTI"...ORANG RUMAH PUN CAKAP LA "KITA MANA ADA TROLI BANG"....APA LAGI, SAYA BAGITAU LA KATA ADA....ORANG RUMAH PUN TANYA BILA BELI TROLI, SAYA PUN CAKAP LA BARU JE BELI DAN TERUS TUNJUK GAMBAR TROLI KAT ATAS. MENGAMUK DIA....TAPI TAKPA, SAYA PANDAI PUJUK....he.he.he.....

PENGAJARAN CERITA - Sentiasalah bergurau senda dengan isteri-isteri anda. Pasti akan menjadi kenangan yang indah buat kita selain mengeratkan lagi hubungan keluarga.

MANUSIA DAN BINATANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Post kali ni saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca. Setuju atau tidak kalau saya katakan kita dan binatang tak dapat dipisahkan? Kalau tak percaya, baca ni sampai habis. Bodoh Macam Lembu : Bodoh2 lembu tu pun, kita jugak makan dia, dia langsung tak berselera kat kita pun. Betul tak? Cerdik Macam Kancil : Kalau cerdik dalam peperiksaan,,manusia tidak pula kata cerdik macam kancil,,,,kancil pulak tak penah diberi ijazah sebab cerdik, betul tak? Busuk Macam Kambing : Kambing tu memang jenis tak boleh kena air,,,kembung.. Manusia ni lain, ada yg suka air dan ada yg buncit banyak air..Busuk-busuk kambing,mahal harganya,,,busuk2 manusia?? Cukup2 la samakan manusia dengan binatang.

PENGAJARAN CERITA - Marilah kita pakat-pakat ingat dan guna peribahasa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dahulu.

PAKAT-PAKAT JAGA TELUR SENDIRI


Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?
Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..
Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..

Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..
Manager : Tak guna punya orang tua..

PENGAJARAN CERITA: Pakat-pakat la kita jaga telur sendiri elok-elok. Jangan dok sibuk nak jaga telur orang lain.

Monday, December 7, 2009

WIFE & WIFE TO BE...



Dearest wife & wife to be………..

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but HP is cute, slim,
curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least........

TV do not have virus, but h/p yes..........have VIRUS.............. once get it, HABIS LA..... hahahahaha......
so better choose TV instead of h/p.....hahahahahaha!

PENDAPAT PENULIS - Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas.Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga. Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya. Akhir kata, sayangilah isteri dan isteri-isteri anda...he.he.he

CERITA TIKUS



Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!
Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang baring- baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)

PENDAPAT PENULIS - Kita jangan berbangga diri dengan kehebatan yang kita ada, sebenarnya kita perlu ingat masih terdapat mereka yang lebih hebat daripada kita...seperti juga cerita tikus di atas. Kehidupan sebenar kita sememangnya begini, masing-masing bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri. Manusia senantiasa melakukan pelbagai perkara atau perbuatan yang ingin menunjukkan mereka hebat dan orang lain lemah. Padahal, akibat terlalu ingin menjatuhkan orang lain dia lupa bahawa yang dia sebenarnya lemah dan tiada apa-apa. Teringat pulak penulis dengan orang-orang politik kita tidak kira mana-mana parti pun, melemahkan dan mencantas orang lain sudah menjadi budaya. Mereka menonjolkan diri mereka hebat dan sanggup menikam kawan dari belakang. Inilah yang dikatakan kehidupan....

Sunday, December 6, 2009

RENUNGAN CERITA TEMUDUGA LANUN


Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki lanun: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki lanun: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki lanun: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki lanun: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

KOMEN PENULIS - Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia mesti ada sebab dan musababnya, seperti juga cerita lanun di atas. Teringat la pulak kepada tabiat yang sering terjadi terhadap anak murid penulis. Setiap kali tangkap anak murid yang lambat, mereka mesti beri alasan "...dari tandas cikgu, sakit perut...pasal tu lambat..." kalau tak pun alasan "....bangun tidur lambat cikgu..." Ini menunjukkan manusia mempunyai alasan dan sebab musabab untuk dijawab, tidak kira siapalah kita cikgu, nelayan, petani, doktor, lawyer, peniaga, ahli politik, menteri atau siapa pun kita sehingga kita bergelar manusia biasa...(*selalunya/kebanyakannya alasan atau sebab musabab yang diberi oleh ahli politik byk yang tidak boleh diterima akal...he.he.he)