Saturday, December 12, 2009

MENANTU OH MENANTU 2

Ali kurang pendengaran dan meminta nasihat daripada isterinya Siti untuk meminta mengajarnya perbualan yang sesuai semasa melawat bapa mertuanya di hospital. Isteri Ali pun mengajar perbualan yang sesuai untuk dihafal olehnya.

Perbualan semasa sesi pengajaran...

Ali : Apa khabar bapa?
Siti: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Ali: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana nurse di sini?
Siti: Boleh tahan juga. Berselera bapa.
Ali: Bagusss.. nurse begitu memang sesuai untuk bapa. cantik sekali! Bagaimana layanan yang bapa terima di sini?
Siti: Sungguh berpuas hati. Kerana bapa dilayan seperti imam.
Ali: Hebat sekali! bapa sungguh beruntung kerana memang bapa begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital, perbualan sebenar...

Ali: Apa khabar bapa?
Bapa: Aku terasa seperti mau lari. Lebih baik lari dari derita seperti ini!
Ali: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana nurse di sini?
Bapa: nurse yang aku dapat macam bapuk!
Ali: Bagusss.. nurse begitu memang sesuai untuk bapa. Enak sekali! Bagaimana layanan yang bapa terima di sini?
Bapa: Aku dilayan seperti bapa ayam!
Ali: Hebat sekali! bapa sungguh beruntung kerana memang bapa begitu orangnya kalau di luar.

PENGAJARAN - Apa yang kita rancang tidak semestinya akan menjadi seperti yang kita harap-harapkan.

0 comments:

Post a Comment