Saturday, December 12, 2009

MENANTU OH MENANTU...

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua lalu di depannya. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah simenantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah panik semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia panik, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam panik itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

PENGAJARAN CERITA - Janganlah kita panik apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kita harus tenang menghadapinya, sekiranya panik, maka situasi seperti cerita menantu di atas pasti akan berlaku. Renung-renungkan...

0 comments:

Post a Comment