Monday, December 7, 2009

CERITA TIKUS



Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing.

Tikus 1: Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan ape!
Tikus 2: Eleh.. Itu je ko boleh buat? Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main lambung-lambung aje

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara

Tikus 3: Eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting tu? Ala yang sedang baring- baring tu! Kalau nak tau, akulah yang 'buntingkannya'. Hehehe (dengan nada riak)

PENDAPAT PENULIS - Kita jangan berbangga diri dengan kehebatan yang kita ada, sebenarnya kita perlu ingat masih terdapat mereka yang lebih hebat daripada kita...seperti juga cerita tikus di atas. Kehidupan sebenar kita sememangnya begini, masing-masing bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri. Manusia senantiasa melakukan pelbagai perkara atau perbuatan yang ingin menunjukkan mereka hebat dan orang lain lemah. Padahal, akibat terlalu ingin menjatuhkan orang lain dia lupa bahawa yang dia sebenarnya lemah dan tiada apa-apa. Teringat pulak penulis dengan orang-orang politik kita tidak kira mana-mana parti pun, melemahkan dan mencantas orang lain sudah menjadi budaya. Mereka menonjolkan diri mereka hebat dan sanggup menikam kawan dari belakang. Inilah yang dikatakan kehidupan....

0 comments:

Post a Comment