




aku menulis bukan kerna nama
1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
Seorang ustaz sedang mengajar tentang seksa dan balasan yang diterima oleh syaitan dan iblis akhirat nanti. Ikutilah perbualan mereka.
Ustaz : Mereka (Syaitan dan Iblis) ini akan dimasukkan di dalam neraka jahanam dan dibakar dengan api yang panas sekali.
Selepas itu ada seorang pelajar yang merasakan dirinya pandai ingin menguji ustaz tersebut.
Pelajar : Ustaz, kan mereka tu berasal dari api, takkanlah diorang rasa sakit dan panas. (kata pelajar tersebut sambil mengorek hidungnya, kemudian disentalnya kat kawan sebelah.)
Ustaz tu memandang pelajar tersebut dengan tenang, kemudian dia memanggil pelajar yang menanyakan soalan tadi ke depan, kemudian......PANGGG!! satu tamparan diberi oleh Ustaz tu kepada budak tersebut.
Ustaz : Kulit dengan kulit sakit tak?
Pelajar tersebut tunduk sambil menginsafi dirinya.....
PENGAJARAN - Tiada siapa pun makhluk Allah Taala yang akan terlepas daripada hukumanNya. Maka siapalah kita hendak mempersoalkan tentang perkara ini. Kita manusia biasa hanya perlu siapkan diri untuk bertemu denganNya kelak. Mengapa? Bila? Bagaimana? tidak perlu dipersoalkan. Renung-renungkan...
Pada hari khamis lepas Ali pergi ke sekolah lalu belajar Matematik. Cikgunya bertanya...Ali 2 - 1 berapa? Ali menyatakan yang dia tidak tahu, maka cikgunya menyuruh Ali bertanya kepada ahli keluarga bila balik ke rumah nanti
Situasi di rumah...
Ali : Ayah 2 - 1 berapa?
Ayah : Bodoh la, tu pun tak pandai (sambil menonton tv rancangan bola)
Ali : Abang 2 - 1 berapa?
Abang : Bahalol betul (sambil bercakap di telefon )
Ali : Kakak 2 - 1 berapa?
Kakak : Lets go lets go o yeah (sambil mendengar lagu di telinganya)
Ali : Mak 2 - 1 berapa?
Mak : Emmmm sedapnyaaaa (sambil merasa masakannya)
Pada hari yang berikutnya pun Ali datang ke sekolah dan cikgu pun bertanya
Cikgu : Ali 2 - 1 berapa?
Ali : Bodoh la, tu pun tak pandai
Cikgu : Baik-baik la jawab
Ali : Bahalol betul
Cikgu : Cikgu bawa kamu ke bilik guru besar cepat.
Ali : Lets go lets go o yeah...
Cikgu : Pangggg (menampar Ali dgn kuat)
Ali : Ermmmm sedapnya.
PENGAJARAN CERITA - Kanak-kanak kecil perlukan perhatian daripada kita, maka berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka. Terutamanya ibu dan bapa, apabila anak-anak menyoal kita dengan apa sahaja soalan. Kita dengan rasa penuh tanggungjawab perlu melayan dan menjawab soalan anak kita tersebut. Walaupun kita tidak tahu jawapannya, apa salahnya kita melayan sekejap anak kita dan menyatakan kita akan mencari jawapannya selepas ini. Apa yang penting ialah tanggungjawab layanan terhadap soalan anak kita tersebut. Renung-renungkan...
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua lalu di depannya. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah simenantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah panik semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia panik, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam panik itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”
PENGAJARAN CERITA - Janganlah kita panik apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kita harus tenang menghadapinya, sekiranya panik, maka situasi seperti cerita menantu di atas pasti akan berlaku. Renung-renungkan...
Adakah anda kenal ikan haruan? Ikan haruan ialah spesis ikan air tawar. Ikan haruan kalau dibuat bakar seterusnya cicah air asam, sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Manakala kalau ibu-ibu lepas bersalin akan selalu mencari pati ikan haruan untuk (faham-faham sendiri). Disebalik terdapat kelebihan, tetapi ikan haruan ini lebih dikenali dalam peribahasa haruan makan anak yang membawa maksud...(pembaca sedia mengetahuinya). Maka di sini penulis cuba berkongsi info kenapa haruan makan anaknya. Kalau pembaca ingin mengetahuinya teruskan membaca...
Antara sebab musababnya...
1. Ikan haruan dah lapar sangat tapi tak ada benda nak makan.. oleh itu, daripada lapar baik makan anak sendiri... (pembaca sedia maklum bila kelaparan memuncak, manusia pun sanggup buat apa saja.. ini kan pulak binatang...)
2. Ikan haruan hendak mengubati lukanya akibat tertusuk mata kail... kan org kata ikan haruan baik untuk ubat luka...(terutama luka dalaman... tapi hati yg luka tak boleh diubati dengan ikan haruan)
3. Ikan haruan tidak perasan termakan anak sendiri sebab air keruh sangat...( faham-faham sajalah siapa yang mengeruhkan air tu... hargailah sumber air anda...)
4. Daripada dimakan oleh haruan lain.. lebih baik diri sendiri yang makan... (siapa cepat dia dapat)
5. Ikan haruan tak larat nak bela dan beri makan anak yang terlalu banyak..(baiklah juga dari manusia yang buang bayi tepi longkang)
6. Ikan haruan nak menguji..sedap tak rasa daging sesama spesis.. ikan haruan hendak tahu kenapa manusia suka makannya... (kita manusia jangan pulak nak merasa sesama spesis )
PENGAJARAN - Ikan haruan tu binatang...mana ada akal...kita manusia yang berakal...gunakan sebaiknya...kita tidak boleh menyalahkan ikan haruan sepenuhnya....kita perlu menyalahkan diri kita sendiri
Seorang nenek berusia 95tahun(monopous) telah melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. di mana aku letak bayiku tadi..”
KOMEN PENULIS - Buat renungan ibu bapa sekalian, pastikan di mana anak anda sekarang? Dengan siapa mereka sekarang? Luangkanlah masa dengan anak-anak kita, Ingatlah bahawa anak-anak tanggungjawab dan amanah kita...
Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu. Awek tu pun menyahut, "Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW." Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.
Mamat : Hai, kenal I lagi?
Awek cun : Tak ingat lah.
Mamat : Alaaa, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.
Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)
Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?
Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.
Mamat : Padan muka. Hehehe..........
PENGAJARAN CERITA - Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kita hanya manusia biasa tidak boleh lari dengan qada dan qadar. Oleh itu, beringatlah bahawa kita tidak semestinya akan mendapat perkara yang ingin kita miliki walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui.